Saturday, February 5, 2011

Cerpen: Jatuh cinta.

" Kau kata kau jatuh cinta? Mamat ego macam kau yang hanya tahu permainkan hati perempuan dan buli siapa saja yang kau nak kata kau jatuh cinta??"

Kata-kata itu menampar lagi cuping telinga Farid. Farid gelisah. Hatinya dibuai satu rasa aneh. Persoalan demi persoalan mula berkunjung dan membadai tenangnya hati pemilik diri sebelum ini.

"Aku jatuh cinta?"

Farid berbicara sendiri. Dia juga seakan tidak percaya. Mindanya seperti separuh sedar. Sudah berkali-kali pipinya ditampar, memohon agar dia bukanlah di alam realiti. Farid Tan Sri Ibrahim jatuh cinta??

***

Kringgg!

Sudah berkali-kali jam loceng yang dikunci itu berbunyi. Berkali-kali jugalah Puan Sri Liana mengetuk pintu bilik anak terunanya itu untuk membangunkannya. Malangnya, usaha itu ibarat mencurah garam ke laut. Bukannya dia tidak tahu. Anak teruna berusia hampir 21 tahun itu memang liat untuk bangun. Kalau tidak dikejutkan, sampai matahari bercacak di kepala, barulah dia tahu turun ke bawah dan bersarapan.

Pintu bilik diketuk lagi. Di dalam bilik, Farid sudah tidak senang duduk. Bunyi ketukan di pintu ditambah dengan jam loceng yang rancak berdering benar-benar mengganggu tidurnya. Dia gelisah. Berkali-kali ditarik gebar yang menyelimuti diri tetap juga gangguan itu tidak hilang. Dia bangkit. Berdiri. Menolak selimut kasar.

"Far, bangunlah! Dah pukul berapa ni?? Kata semalam suruh mama kejutkanlah apalah..Kamu ni kan, kalau takde orang bangunkan, jadi badaklah ye di dalam. Tidur sampai ke petang. Orang makan lunch, itulah sarapan pagi kamu kan??Bangunlah Far..", lantang teguran Puan Sri Liana.

Farid ke pintu. Buka. Puan Sri Liana menatap wajah anak terunanya itu. Digeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Muka Farid dipegang. Dua tangannya melekat ke wajah itu. Dipicit-picitnya pipi Farid.

"Bangun eh..Bangun..". Berkali-kali diulang perbuatan itu. Lembut. Penuh kasih.

Farid mengangguk-angguk perlahan dengan mata tertutup dan mulut sengaja dimuncungkan. Puan Sri Liana mendorong Farid ke dalam.Tangannya lekas mencapai tuala dan lantas menyuakannya ke arah Farid. Farid menyambut malas.

"Mandilah. Pergi mandi. Kata nak cepat tapi dia yang lambat. Kalau macam nilah tabiat Far, mama yakin, sampai umur 30 pun takde siapa yang nak". usik Puan Sri Liana.

Farid berjalan longlai ke tandas. Sampai di pintu tandas, dia menoleh.

" Ma, perempuan sekarang tak pandang tabiat ma, diorang pandang duit je. Ma jangan risau.Farid tak kisah tak kahwin ma. Rugi je kalau kahwin dengan perempuan macam tu."

Terus kakinya melangkah ke dalam tandas.

Puan Sri Liana tersentak. Sebentar kemudian,bibirnya menguntum senyum.

'Anak ini sudah matang', getus hati kecilnya.
...................................................................................................................................................................

Farid melangkah malas masuk ke dalam auditorium. Rakan-rakannya sudah penuh di situ. Gabungan empat kelas untuk belajar satu subjek bukanlah idea terbijak bagi Farid. Bersesak-sesak dengan ramai orang ditambah pula dengan bunyi bising perempuan-perempuan bertaraf minah gosip di kelas, benar-benar mencabar emosinya. Farid diam di kerusi. Matanya beralih ke jam di tangan. 1.50 petang. Dikeluarkan ipod di poket lantas dipasangkan dengan earphone. Terus disumbat ke telinga. Aman.

Tiba-tiba bahunya dipegang. Farid tersentak. Segera menoleh. Dia tersenyum. Speaker ipod diperlahankan.

"Kau baru sampai?", soal Farid. Azmi, rakan baiknya yang kebetulan sama fakulti Undang-undang dengannya mengangguk. "A'a..baru je. First time kot aku lambat". Farid ketawa. 'First time lambat??Aku rasa, first time awal kot', getus hatinya. Azmi segera duduk di sebelah Farid. Perbuatan sama diulang. Ipod dikeluarkan, dipasang earphone dan.. aman.

Sepuluh minit melayan lagu, Puan Marlia masuk. Di tangannya ada kertas-kertas ujian mereka. Farid dan Azmi sama-sama mematikan lagu yang rancak berbunyi. Pandangan mereka berdua ditumpukan terus ke arah Puan Marlia. Suasana hingar-bingar tadi menjadi sesepi perpustakaan. Fokus.

Puan Marlia mengedarkan kertas ujian yang sudah ditandakan satu persatu. 4 kelas bersamaan dengan 30 pelajar di darabkan bersama 4.120 orang pelajar.Bayangkanlah kalian. Giliran Farid tiba, begitu juga Azmi. Selesai mengambil kertas, Farid duduk di kerusi. Azmi juga begitu. Mereka sama-sama membuka kertas ujian tersebut. Azmi tersenyum puas. Dia menoleh ke arah Farid. Farid seperti biasa. Tenang. Diam.

"Macam mana? Ok?"

Farid tersenyum.

"High five!". bisik Farid teruja. Mereka sama-sama ketawa. Puan Marlia tersenyum melihat keletah anak muda berdua itu. Bijak kedua-duanya. Rajin dan tidak banyak masalah.

....................................................................................................................................................................

"Kau cuba cakap dengan aku weh, macam mana kau boleh jawab soalan gila susah macam tu? Even kitorang pun pening kepala kau tahu tak?? Kau boleh score??Babe, kau pinjam otak siapa ni??Arghh..kau sangat pandai!". Hakim teruja. Soalan ujian dengan markah 33/35. Farid bukan sebarangan orang. Memanglah tidak penuh markah itu tetapi bagi pelajar Undang-undang, untuk kelas Undang-undang, memperoleh markah yang cuba dibezakan dengan 2 dan 3 daripada markah penuh 35,bukanlah biasa. Perkara luar biasa.

Farid diam. Dia menghirup air limau aisnya perlahan.

"Aku nak pergi ambil nasi ni. Korang nak makan ke tak nak? Datang cafe tapi tak makan. Pergi lepak Audi lah kalau macam tu."

Farid bangun. Azmi ketawa. Hakim tercengang.

"Kau tu Hakim. Tak habis-habis dengan excited kau tu. Relax ah. Jom makan!",usik Azmi. Hakim mengangguk lantas membuntuti langkah Azmi.

Selesai makan, Farid memulakan perbualan.

"Eh, kita lagi 2 minggu kan nak final?Means, minggu depan kira study week lah kan?".

Azmi dan Hakim sama-sama mengangguk.

Hakim menyambung, "Tapi Far..Aku takutlah bila fikir pasal final. Susah kau tau tak?! Penat aku. Habis je final, rasa macam segunung beban dan hilang dari bahu aku. Kalau tak, aman je hari-hari aku. Bila final, rasa macam masuk alam penentuan nak kiamat kau tau! Ngeri".

Wajahnya jelas risau. Azmi dan Farid sama-sama ketawa.

"Kau, tak payah final la. Assignment pun kau macam tu jugak. Semua kerja kalau kau tak risau memang tak sah. Wajib. Pasti. Ye tak, Far?", usik Azmi. Farid mengangguk. " Memang. Nama pelajar Undang-undang, tapi, semua benda kau risau. Kalau risau, study ar babe. Ni tak, perempuan dekat keliling kau, kalau nak dibanding dengan buku Undang-undang yang kau ada, jauh beza doe..Ramai gila, macam sukan olimpik dah. Dei, study meh. Study. Dulu bukan main, nak jadi peguamlah, lawyerlah, advocatelah..studyla.Join kitorang. Berkampung dekat perpustakaan. Sure, pasti dekan",sambung Farid.

Azmi ketawa. Hakim muncung.

"Perempuan macam sukan olimpik kau kata??Eh..kau pun sama eyk. Jangan nak perli-perli aku pulak.
Bukan kau ke yang kata, selagi ada kesempatan, gunakanlah sebaik mungkin. Orang hensem macam aku, kacak, ada duit apa semua, siapa tak nak?Far, Mi..zaman sekarang, perempuan macam tin kosong tau. Bersepah. Semua datang kalau kau ada harta". Farid ketawa mendengar bicara Hakim. Azmi juga begitu.

Begitulah sikap mereka bertiga. Farid dan Azmi, pelajar bijak yang dilahirkan dengan IQ hebat. Soal menuntut ilmu, priority penting dalam hidup mereka berdua. Tetapi, apabila soal perempuan,hubungan, sosial..merekalah raja. Bagi Farid, Azmi dan Hakim, perempuan zaman sekarang semua sama. Kalau ada harta, semua berkumpul macam semut. Begitu rendah darjat yang mereka letakkan pada diri seorang perempuan. Bagi Farid, perempuan yang dicari belum dia temui. Biarlah berapa banyak perempuan yang berhubungan dengannya, perempuan yang betul-betul mencuri hatinya, belum juga tiba. Mungkin juga tidak ada. Kerana perempuan zaman sekarang, materialistik baginya.
...................................................................................................................................................................

Buk!

Jatuh. Bertabur buku di lantai cafe. Farid tersentak. Segera dia menoleh. Seorang perempuan sedang tergesa-gesa mengutip buku-buku yang jatuh. Seorang perempuan lagi sedang berdiri, memandang sahaja tanpa ada sebarang reaksi untuk membantu perempuan yang seorang lagi mengangkat buku yang berjatuhan itu. Farid memandang serius. 'Apahal ni?', getus hatinya.

Buku-buku yang dikutip diajukan ke arah perempuan yang berdiri tadi. Perempuan itu menyambut dan berlalu pergi. Sombong. Perempuan yang mengutip tadi mengemaskan pakaiannya yang sedikit berkedut kerana duduk mengutip buku tadi, lantas berlalu pergi dnegan teman-temannya. Tersenyum.

'Orang langgar kau. Buku terjatuh. Kau kutip. Orang tu tak minta maaf, ambil buku dan blah macam tu je? Kau boleh senyum? Gila punya perempuan', getus hati Farid.

Selesai episod tadi, Farid mengalih mukanya mengadap Azmi dan Hakim. Kedua-duanya sedang rancak berbual. Kejadian kecil tadi mungkin langsung tidak menarik perhatian mereka berdua. Farid diam. Tidak terdetik pula di hatinya untuk mengambil tahu isi perbualan mereka berdua. Di hatinya masih berbekas dengan sikap perempuan berdua tadi. Pelik.

Air limau ais diteguknya perlahan dengan muka berkeriut.

....................................................................................................................................................................

Seminggu selepas itu.

Malam.

Farid berdiri di balkoni. Memandang ke langit malam. Bintang-bintang berkerlipan indah di dada langit. Tenang. Farid sukakan malam kerana malam menenangkan jiwanya. Mindanya berbalik-balik ke hari-hari yang berlalu. Teringat pula dia akan peristiwa di meja makan malam tadi.

"Far, Lis, esok, kawan mama dengan family dia datang. Emm..mama harap Lis dengan Far boleh jadi tuan rumah yang baik ye". Getus kata-kata itu dari bibir Puan Sri Liana ketika mereka sama-sama menjamu selera malam itu. Farid dan Lisa berpandangan sesama sendiri.

"Selama ni, Lis dengan abang tak pernah jadi tuan rumah yang baik ke ma?", soal Lisa. Puan Sri Liana tersenyum, menggeleng. "Bukan tak jadi tuan rumah yang baik cuma kurang baik. Lis, selalu lepak dalam bilik bila orang datang. Turun bawahlah sayang. Bergaul dengan orang. Awak bukan kera sumbang ye. Hidup kena bergaul. Ingat. Kali ni, kalau Lis nak lepak dalam bilik gak, mama make sure, duit bulanan Lis, mama suruh papa potong. Half.", tegas Puan Sri Liana.

Mata Lisa terbeliak. "Ma..janganlah potong. Dah lah duit tu memang cukup-cukup je, kalau mama potong, Lis makan roti tau ma hari-hari.". Mama ketawa. "Kuruslah Lis. Takpelah kalau macam tu. Eloklah. Diet tanpa sebarang pembaziran", sambung Puan Sri Liana. Lisa muncung dan mengangguk perlahan. Terpaksa bersetuju. 'Alah..tak rugi mana-mana pun', getus hatinya.

Pandangan Puan Sri Liana beralih pula ke arah Farid. Farid sedikit tersentak. Dia mengangkat tangan. Puan Sri Liana dan Lisa terkejut. "Okay, but promise, kalau Far jadi tuan rumah yang baik, make sure Far dapat gitar baru this time.". Puan Sri Liana menggeleng-gelengkan kepala.

"Awak kata nak jadi lawyer, tapi awak minta suapan ye bila mama minta tolong. Bahaya nih.Gitar? Gitar awak dah banyaklah Far. Nak gitar lagi? Awak nak letak mana pulak gitar tu? Membazirlah", jawab Puan Sri Liana. Lisa ingin protes, tambah-tambah bila abangnya boleh pula mendapat gitar baru dan dia pula terpaksa berdepan situasi wang belanjanya dipotong separuh, mana adil. Tetapi bila fikir-fikir balik, kalau diprotes, mungkin wang belanjanya akan dikurangkan lebih banyak lagi.' So, better keep my mouth shut.' Getus hati Lisa.

Farid menyambung, " Ma, ini bukan suapan ma, tapi bonus. Beza ma.I'll be a good lawyer. No suapan, no rasuah. So, takde kaitan dengan cita-cita Far ma. Gitar banyak takde masalah what. Pandai-pandailah Far simpan. Yang penting, promise is a promise. This is a consideration ma. You want something, I'll promise to give it to you and as a consideration, you should give something to me. Isn't it? Barulah ada timbang tara ye tak?Adil kan? Ni baru deal Lis. You faillah my dear sister. Fail with big failure". Lisa muncung. Lebih panjang lagi. Puan Sri Liana tersenyum. "Kalau benda tu bagi benefit untuk awak, pandailah awak cakap kan?Ok..We will see".

Tan Sri Ibrahim seperti biasa tenang menjamu selera sambil membaca surat khabar. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Puan Sri Marlia segera menutup ruangan akhbar yang dibaca Tan Sri Ibrahim. Tersentak. Itu reaksi Tan Sri Ibrahim.

"Bang, saya tengah cakap ni. Dengar tak? Ingat tau bang, abang pun sama, jangan awak buat lawak bodoh ye. Macam sebelum-sebelum ni. Suka sangat awak mengusik saya bila ada orang yang datang rumah kita. Malu saya. Ingat tau", tegur Puan Sri Liana. Tan Sri Ibrahim tersenyum. "Saya buat apa?",soalnya tidak mengerti.

"Buat apa?Abang, bukan saya tak tahu abang ni. Suka buat manja-manja dengan saya depan orang. Kalau depan anak-anak, takpelah jugak. Ni depan orang bang. Malu tau", muncung Puan Sri Liana. Farid dan Lisa sama-sama tersenyum. Manja Puan Sri Liana dengan Tan Sri Ibrahim sudah menjadi rutin wajib keluarga mereka. Mama dan papa, mereka berdua memang romantik. Dari dulu sehingga sekarang. Perkara inilah yang dikagumi Farid. Dia benar-benar kagum dengan kesetiaan papa terhadap mamanya.

Teringat dia, dulu, mama pernah ditimpa penyakit ketumbuhan di dalam perut. Hampir setahun mama sakit. Papa setia menjaga mama. Menguruskan keluarga dan semuanya dilakukan papa sendiri. Keluarga Tan Sri tanpa orang gaji. Mustahil tetapi itulah yang terjadi. Sebelum ini, mama yang sibuk menguruskan keluarga. Selepas kejadian itu, papa jadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. Mama sakit di hospital, papalah yang menjenguk hari-hari.

Sehinggalah selesai pembedahan dan biarpun rahim mama dibuang sepenuhnya dan mama perlu bergantung dengan ubat, pil-pil hormon dan sebagainya untuk mengatasi pelbagai implikasi dek ketiadaan rahimnya, papa masih setia di samping mama. Kagum. Itulah yang dirasakan Lisa dan Farid. Mama dulu pernah membenarkan papa untuk berkahwin lagi. Kata mama, mama sudah tiada rahim, tidak mampu memberi zuriat buat papa, kahwinlah. Papa berkeras tidak mahu tinggalkan mama.

Kata papa, "Ana, abang takkan tinggalkan perempuan yang berjuang di samping abang selama hampir 25 tahun. Perempuan yang menikahi abang dari abang tiada apa-apa sehingga abang sudah berjaya sebegini. Perempuan yang mencintai abang, bukan kerana paras rupa dan harta. Perempuan yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat untuk abang. Ana, lafaz nikah yang abang ucap ketika kali pertama tangan abang bertaut dengan abah, ketika kita dinikahkan akan abang pegang sehingga nyawa bercerai dari badan. Jangan suruh abang buat benda yang abang tak nak.Abang sayang isteri abang. Tak perlu siapa lagi selain awak, dalam hidup abang".

Papa memang romantik dengan mama dan mama, di bibir sahaja kata tak suka, tetapi di hati, siapa yang tahu kan?

Berbalik soal teman mama, siapa?

Faris ingin juga bertanya siapa teman mama yang akan berkunjung ke rumah, tetapi dia malas. Malas untuk menyibukkan diri bertanya itu ini. Sememangnya dia tidak pernah berbuat begitu. Tiba-tiba bertanya soal tetamu yang akan berkunjung ke rumah bukanlah idea terbaik. Pasti mama tertanya-tanya kalau tiba-tiba disoal Farid bukan?

Biarkanlah.

Farid mengalih pandangan semula ke dada langit.

....................................................................................................................................................................

Farid terkejut. Sesampai sahaja di rumah setelah tamat kelas, Farid dapat melihat kereta di halaman rumahnya bertambah dua. 'Ok. Pasti. Papa memang tak beli kereta baru. Pasti, kereta tu bukan hadiah hari jadi aku. Ok. Kereta tetamu. Bak kata mama, jadilah tuan rumah yang terbaik. Ok. Kemaskan diri, tuan rumah terbaik', getus hatinya. Kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, terdengar suara orang ketawa.Farid membetulkan kemeja yang dipakai. Membetulkan kotak suara. "Ehem ehem..",kerongkongnya di'cuci'.

Dia melangkah yakin ke ruang tamu. Wah, bahasa macam ada modellah pulak. Ok. Biarkan. Sepuluh kepala. Ramai kali ni. Semua ni kawan mama ke?

Dia mendekati mamanya yang sedang rancak berbual. Mama tersenyum lantas berdiri, menarik tangannya lembut dan memegang bahunya. Farid menuruti langkah mama.Mama membawanya berdiri betul-betul di hadapan semua tetamu. Farid mengangkat muka selambanya dan..dia?? Farid tersentak.

"Perempuan cafe??", tersembul ayat dari mulut Farid. Farid tersentak. Mama tersentak. Tetamu tersentak.

Farid tersedar dan tersenyum. Buat-buat cool dan tenang. "Takde apa-apa ma. Terkeluar kata-kata dengan tidak sengaja."

Mama tersenyum.

 "Inilah Farid, anak saya kak.Anak teruna saya yang satu-satunya tu. Yang inilah. Yang perempuannya tak balik lagi. Kata dia, ada discussion. Nanti balik, saya kenalkan.Ha, Farid.Mari mama kenalkan kawan mama, Aunty Lidya", bicara Mama, lembut.

Farid tersenyum dan mengangguk. Selesai sesi perkenalan diri ringkas, Farid meminta diri ke atas. Sebelum naik, matanya sempat memandang gadis tadi. Ya. Perempuan cafe. Tak. Bukan yang berniaga di cafe tapi, perempuan yang pernah ada peristiwa menarik di cafe. Perempuan yang mengutip buku. Ya. Dia pasti. Perempuan itu. Farah. Ya. Memang. Nama dia Farah.

'Budak Law jugak??Kenapa tak pernah nampak??',hatinya bertanya lagi.

Ahh..kusut. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Apa yang jadi ni?

*bersambung..

Ini adalah penulisan berkala dari penulis. Episodnya akan disambung secara tidak berkala pula ye. Jadi, sekali lagi diingatkan, ini adalah karya penulis. ASLI. No ciplak-ciplak ya. And, please, no curik-curik eyh.


Selamat membaca peminat cinta.
:)



.

1 comment: