Thursday, February 3, 2011

Welcome bloggers to the world of LOVE.

Do you believe in true love?

Inilah persoalannya. Manusia sentiasa di tanya akan persoalan ini.

Seberapa yakinkah anda bahawasanya cinta yang anda perjuangkan itu ialah cinta sejati? Ask yourself then, ladies and gentlemen.

What are the measurements you use to make sure that the love you have been fighting for is the true love?

Orang selalu kata, "Aku yakin cinta inilah yang aku cari selama ni". "Aku yakin, dialah manusia yang satu-satunya dapat ku jadikan teman hidup ini".

Kalian,

Sesungguhnya, tiada yang pasti dalam kehidupan ini. Tepuk dada, tanya hati. Pastikah kita, jalan yang kita pilih ini adalah jalan yang terbaik? Cinta yang kita pilih itu adalah cinta yang terbaik?

Tiada yang pasti.

Tetapi, tidak bermakna, bila tiada kepastian, maka, kita boleh bermain-main dengan perasaan itu, kita boleh menganiaya pemilik perasaan itu. Tidak. Ketidakpastian tidak pernah memberi izin kepada sesiapa pun untuk menjatuhkan hukuman sedemikian kepada manusia lain.

Sesungguhnya tiada yang sempurna di muka bumi ini.

Percayalah, kalau benar kita ikhlas, cinta sejati itu akan hadir seperti dedaun mawar yang mekar di musim bunga. Kembangnya akan menyegarkan kehidupan kita selamanya.

Percaya pada Dia.

Percaya bahawa cinta sejati itu benar-benar ada tetapi ia hanya akan hadir apabila kita benar-benar mencarinya.

p/s: Selamat datang ke alam CINTA.

No comments:

Post a Comment