Haha ^_~
Cinta monyet. Comel je kan bunyik dia. Cinta monyet. Bukanlah cinta antara monyet dan monyet, beruk dan beruk yang bergayut-gayutan tu, tapi cinta yang selalu kita labelkan sebagai cinta remaja awal usia. Cinta main-main. Cinta yang takde apa-apa harapan. Cinta sekadar, "I wanna get me a girlfriend/boyfriend". Just as simple as that.
Cinta manusia lebih kepada the real one. Cinta yang lebih matang and we are looking forward for that love to end up to marriage and happily ever after life. Cinta yang ada hala tuju and bukan sekadar looking for girlfriend/ boyfriend but instead of that, these people are actually looking for their life partners.
Apa beza dia?
Dekat atas pun dah ada beza kan? Definisi dia pun lain. Cuma bagi aku, kalau nak sebut tentang beza, sekarang nampak lebih jelas lagi berbanding dulu.
Cinta budak-budak dengan cinta orang yang dah matang memang ultimately different.
First, pembawakan. Usia sebenarnya tak melambangkan kematangan. Cuma, bila kau kata kau umur 30, of course orang expect kau dah matang sebab umur tue kira ranum age la untuk kita digelar dewasa kan? Tapi again, umur is merely a number. Takde makna apa-apa pun.Nak ukur kematangan pun tak mampu kan?
But still, bezanya...bila kau lebih matang, you tend to be more sabar when you are facing love conflict in your relationship. You tend to apply your brain rather than your act. You tend to generate it well as you are holding your anger deep inside and hanya keluarkan caj caj positive je during bergaduh..Yes. Ada je orang besar yang bila ada gaduh-gaduh apa semua, angkat tangan kaki. Tapi, itulah..kematangan bukan boleh diukur. As I said earlier, this is what we are expecting from a dewasa person,isn't it? Kalau untuk orang yang bercinta monyet pulak, they tend to be more emotional. Bila gaduh apa semua, post dekat fb. Maki-maki, mengadu, merajuk. Kinda budak-budak la..Yela, majoriti yang buat macam ni bukan siapa-siapa, budak-budak gak. Baru tingkatan 1 nak rasa cinta, so, bayangkanlah..Diorang tak cukup sabar. Bila marah atau apa sahaja,diorang lebih senang confront apa semua (diorang anggap diri dah cukup macho/cantik kalau mampu face to face dengan orang) but they forgot the fact that they are students.Only students. Bila you cuba menjadi dewasa but you are actually a kids, it's dangerous lah..
Kedua, the way your relationship berlangsung. Macam mana hubungan korang boleh follow the flow? How? What did you do? Dalam situasi ni, kalau kita tengok orang dewasa, when they declared their relationships, they tend to silent those things.Never let it out to the public. Kalau boleh senyap, senyapkan. Sebab bagi diorang, benda tu privasi. As long as it is called as privacy; so, no one has the right to determine what you should and should not do. Even if diorang mesej ke apa, kalau gf/bf lambat reply mesej ataupun call lambat, diorang tend to tolak ansur. As for them, it is okay. Nothing wrong with it. Even if you have girl/boy's best friend, they tend to respect it as that's normal. Tapi, pandai-pandai jaga batas lah kan? Kalau cinta monyet pulak, diorang lebih kepada kalau kapel, wajib mesej tiap-tiap hari. Report your daily maily life. Kena beritahu semua dan sebagainya. Elements of respects like hargai privasi masing-masing, hormat pasangan dan jaga maruah satu sama lain dipandang ringan. Ini bahaya. Sebabnya, bila diorang rasa diorang dah cukup besar, it may affect your studies, your life and so on and so forth.
Itulah yang mampu aku fikirkan soal beza cinta monyet dan cinta manusia...
:)
No comments:
Post a Comment