Saturday, February 19, 2011

Korean cintas mintas~

Again..LOVE.

Hari ni nak story sal banyak cerita-cerita cintas cintas yang berselerak di pasaran. Well, out of lots of them, yang menarik perhatian aku cuma a few je.I am not to much addicted with movies and films unless aku betol betol minat. Macam right now, aku sangat addicted with Korean movies, dramas, films.. Therefore, I tend to be so much influence by these kind of lovely dovey Korean love nih.

Reason?

I do believe kalau owang tu tengok cita Korea, you will be so much addicted by it. Ngee~


Thursday, February 17, 2011

cinta...jangan!

Minggu ni minggu cinta rasanya.
Semua datang jumpa dan bertanya soal cinta.
Aigoo..-.-

Saya bukan pakar cinta. Even saya sendiri tak de yang awak semua ni ada. Pakwe ke, kapel ke.. Takde takde ye awak awak.

Apa sahaja nasihat yang saya bagi bila awak awak tanya saya, semuanya pandangan saya sendiri as to be truth, saya ada ramai kawan and among them ialah manusia bernama lelaki lelaki. Jadi, diorang pun pernah mengadu masalah dengan saya and saya pun pernah dengar masalah dari kawan perempuan saya, I mixed it up and it turned out to be nice and brilliant answers bila you all tanya for my opinions.
Btw,
Saya memang suka jadi penasihat bertauliah nih. ^_^
Haha..:D

Apa-apa pun..sebenarnya, the reason why I am here, writing all these things adalah untuk beritahu the reason why masalah dalam perhubungan tu jadi, the reason why manusia bergaduh and also the reason why kita jangan melulu sangat bila bercakap or else, in the end, kau nangis guling-guling, kapel kau gelak lompat-lompat..Relationship hancur mancur, lebur, lenyap,lesap. Puas?

Tak kan...?:D

First, aku rasa based on what they told me, korang gaduh sebab takde persefahaman tau. From the early beginning lagi, you both tend to love each other, you tend to say, "You are perfect", "You are the only one in my life and I love you"..tapi sebenarnya perasaan tu tak wujud lagi dalam hati korang weh. Serious kau tak de perasaan tu leagi. Ia lebih kepada, "You want to start a relationship?", and kau jawab terus without thinking, "Yes, I do"..

Besides, satu lagi..you selalu letak standard on that particular person. I wanna him to do this, do that, do this, do that. But, korang tak sedar that bila you letak satu standard dalam hati you on that person, you wanna them to achieve that standard. Bila tak capai standard tue, you jadi tak puas hati.

Der..benda ni tak mungkin terjadi as takde manusia yang so PERFECT in this world. Takde manusia yang willing to be by your side all days long. No. There is no such thing as that. Never expect or hope for something too much sebab bila kau kata yang dia tu hebat waktu kau first tengok dia, the next day, he make mistake for an example, kau nak makan Big Apple, dia tak suka Big Apple. Before this, dia layan je kau nak gi makan but that day, dia takde mood so dia kata, "No! I tak larat. You go alone" and you pun yang tengah panas jawab, "Oh, before this kata sayang la apa la.. sanggup teman. Now?? Lelaki..macam tue lah"..In the end, GADUH.

Kau akan jadi stressful, kau akan marah dia for not being whatever you wanna him to be. Dia tak tahu kau expect semua tu dari dia and bila namanya lelaki, I bet diorang sangat zero pasal knowledge mengenai perempuan and worstly they have ego so..benda akan jadi buruk seburuk buruknya...Korang akan gaduh. That's for sure. So, the solution is, accept whoever he is. Accept his weaknesses and accept his advantages. Accept him as whatever he is capable of doing. Never put too much expectations and be calm. No hurries. Relationship akan jadi smooth and okay if you do so. Insya'Allah.

Second, aku rasa korang gaduh sebab masing-masing terlalu banyak menyusahkan diri masing-masing. Aku pernah tengok depan mata aku, kapel yang sangat OKAYYY and in front of my eyes, also, kapel yang sangat KOOO..What happened is that, kau kena tahu yang kalau dia sayang kau atau kau sayang dia, you all takkan sewenang-wenangnya point out mistake masing-masing tau. You gonna respect him/her. Kau takkan semudah-mudahnya kata, "HOI BODOH" dekat dia kalau kau sayang dia. Sebabnya, pada aku, in a relationship, kalau from the beginning kau gunakan perkataan-perkataan yang macam tu, sampai ke habis, you tend to use that words to your partner. Kira dah sebati dah. Sebab tu, before you decide you wanna kapel or not, please, please,please..bear in mind, apa yang kau rasa? Tanya hati, betulkah kau suka dia and ingat, this is commitment..kalau tak sanggup, stop. Jangan teruskan. Takkan ke mana-mana kalau relationship tu tak de hala tuju atau takde jiwa. If based on nafsu only, better jangan jugak 'cause itu semua syaitan punya hasutan and menangislah sebab kau pun terpengaruh sama. Cinta is cinta and nafsu is actually mangkuk tingkat yang paling tak boleh diterima untuk dijadikan sebab kau jatuh cinta. Ingat  :)

Ketiga, jaga bahasa. Janganla bila gaduh kau maki maki, kau marah marah. Ish..kalau aku, tak kapel pun orang maki maki, hina hina, marah marah, aku pun hangat. Jangan. Stoplah kau maki maki, cakap bahasa yang tak sepatutnya. Heish..aku nak tulis ni pun rasa macam pening je.. *Malu.

Jangan..! Respect masing-masing. Semua ada maruah kan? Kalau sayang, teguhkan dengan kata-kata yang baik-baik. Der..kau boleh panggil dia Baby la, sayang la, you la, darling la..tapi bila gaduh, entah ke mana panggilan-panggilan tu kau buang and kau boleh bahasakan diri dengan dia, KAU AKU?? Aish..-.-

Ingat, lagi satu..please la. Nasihat ni. Yes. Kau kata aku tak layak bagi nasihat sebab aku tak kapel, tu pun aku tak kisah. Ni nasihat. All rounders. Ingat, jangan hina kapel kau. Jangan. Jangan kata dia desperate, jangan kata dia penyemak, jangan kata dia pengganggu. Kau siapa nak kata dia macam tu? Kau kata kau kapel dia, that's mean you have to protect her. Kalau kau senang senang hati je kutuk dia, apa dia rasa? Protector dia yang sepatutnya protect dia mengeluarkan ayat-ayat mangkuk seperti itu..? Please. NEVER.

Keempat, kalau tak suka tue, boleh tak kau terus terang atau kalau kau tak mampu nak terus terang and kau kata kau nak teruskan gak hubungan kau dengan dia, kau jangan pasang lain belakang dia. Sangatlah mangkuk kalau kau kata kau nak teruskan gak hubungan kau dengan dia tapi di belakang, kau pasang sepuluh orang sebagai tayar ganti. Cis-.-

Nasihat aku yang sebenar-benarnya, kalau kau rasa dah tak sayang, lepaskanlah dia. Biar dia tahu yang kau dah takde perasaan tu atau if korang teruskan, korang mungkin tak sebahagia dulu. Korang mungkin lebih banyak gaduh, fight for nothing and then hurt each other's heart..OFTEN kau kalau benda ni kau tak settlekan. Often gaduh...Seriously speaking. Aku tak main-main. Better confront atau kau akan sakitkan hati dia.
And jangan pasang lain behind her back.. Sebabnya, kan aku dah kata yang cinta tu komitmen. Boleh tak kau setia sikit?? Janganlah biadab sangat sampai buat kapel kau tu macam patung yang boleh dibaling-baling. Dahla kau takde hati dengan dia, kau pasang lain pulak belakang dia. Hebat ah kau! Berubah ok..:)

Kelima, nasihat aku, boleh tak kau jangan rasa kau bagus sangat dalam semua hal dan kau pandang rendah serenadah rendahnya dekat kapel kau? Boleh? Janganla buat macam tu. Kesian dia weh..Hormatlah masing-masing. Ni baru kapel kau dah pandang dia macam semut, ni kalau kahwin nanti macam mana..?

Ingat ya, in a relationship, kau jangan rasa diri sebesar gunung dan dia sekecil batu. Ingat, tanpa batu, gunung tak hebat mana weh..

:)

Friday, February 11, 2011

FORCE LOVE. say NO!

Maybe God put a few bad people in your life, so when the right one came along you’d be thankful. (Andrea Kiefer) 
A usual, I love to start something with quote. Something quoted by others.

In life, I do believe that love will come and go as it does. We do not need reasons to stop it from leaving us as we also do not need reasons to deny it from entering our heart. Yes. People can fall in love but you cannot force someone in order to make them fall for you or fall for your friend. I do not believe in "FORCE LOVE".

Love is a miracle.  

Love is a language spoken by everyone , but understood only by a heart. (Shirley Rindani)
The power of love is very very outstanding. To be in love, to fall in love, you need the power of heart to endure it. But not by forcing someone to fall in love with you. I hate to say this but I don't like to be forced to fall for someone. Love is a natural feeling. The more you force to fall for it, the more it is harder to begin with.

 Faith makes all things possible. Love makes them easy. I believe that to truly love, is   the ultimate expression of the will to live. A heart that truly loves is forever young.

To truly love but not by force..That is what the quotes is trying to say.

Do not force someone to fall in love with you. It is not natural. That someone may be leaving you as if you force love to grow in her heart for you, it is not what love exactly are to them. Let them(love) grow slowly if you want her to be yours. Do not force. Never force..

:)
 

Wednesday, February 9, 2011

Beza cinta monyet dan cinta manusia

Haha ^_~

Cinta monyet. Comel je kan bunyik dia. Cinta monyet. Bukanlah cinta antara monyet dan monyet, beruk dan beruk yang bergayut-gayutan tu, tapi cinta yang selalu kita labelkan sebagai cinta remaja awal usia. Cinta main-main. Cinta yang takde apa-apa harapan. Cinta sekadar, "I wanna get me a girlfriend/boyfriend". Just as simple as that.

Cinta manusia lebih kepada the real one. Cinta yang lebih matang and we are looking forward for that love to end up to marriage and happily ever after life. Cinta yang ada hala tuju and bukan sekadar looking for girlfriend/ boyfriend but instead of that, these people are actually looking for their life partners.

Apa beza dia?

Dekat atas pun dah ada beza kan? Definisi dia pun lain. Cuma bagi aku, kalau nak sebut tentang beza, sekarang nampak lebih jelas lagi berbanding dulu.

Cinta budak-budak dengan cinta orang yang dah matang memang ultimately different.

First, pembawakan. Usia sebenarnya tak melambangkan kematangan. Cuma, bila kau kata kau umur 30, of course orang expect kau dah matang sebab umur tue kira ranum age la untuk kita digelar dewasa kan? Tapi again, umur is merely a number. Takde makna apa-apa pun.Nak ukur kematangan pun tak mampu kan?
But still, bezanya...bila kau lebih matang, you tend to be more sabar when you are facing love conflict in your relationship. You tend to apply your brain rather than your act. You tend to generate it well as you are holding your anger deep inside and hanya keluarkan caj caj positive je during bergaduh..Yes. Ada je orang besar yang bila ada gaduh-gaduh apa semua, angkat tangan kaki. Tapi, itulah..kematangan bukan boleh diukur. As I said earlier, this is what we are expecting from a dewasa person,isn't it? Kalau untuk orang yang bercinta monyet pulak, they tend to be more emotional. Bila gaduh apa semua, post dekat fb. Maki-maki, mengadu, merajuk. Kinda budak-budak la..Yela, majoriti yang buat macam ni bukan siapa-siapa, budak-budak gak. Baru tingkatan 1 nak rasa cinta, so, bayangkanlah..Diorang tak cukup sabar. Bila marah atau apa sahaja,diorang lebih senang confront apa semua (diorang anggap diri dah cukup macho/cantik kalau mampu face to face dengan orang) but they forgot the fact that they are students.Only students. Bila you cuba menjadi dewasa but you are actually a kids, it's dangerous lah..

Kedua, the way your relationship berlangsung. Macam mana hubungan korang boleh follow the flow? How? What did you do?  Dalam situasi ni, kalau kita tengok orang dewasa, when they declared their relationships, they tend to silent those things.Never let it out to the public. Kalau boleh senyap, senyapkan. Sebab bagi diorang, benda tu privasi. As long as it is called as privacy; so, no one has the right to determine what you should and should not do. Even if diorang mesej ke apa, kalau gf/bf lambat reply mesej ataupun call lambat, diorang tend to tolak ansur. As for them, it is okay. Nothing wrong with it. Even if you have girl/boy's best friend, they tend to respect it as that's normal. Tapi, pandai-pandai jaga batas lah kan? Kalau cinta monyet pulak, diorang lebih kepada kalau kapel, wajib mesej tiap-tiap hari. Report your daily maily life. Kena beritahu semua dan sebagainya. Elements of respects like hargai privasi masing-masing, hormat pasangan dan jaga maruah satu sama lain dipandang ringan. Ini bahaya. Sebabnya, bila diorang rasa diorang dah cukup besar, it may affect your studies, your life and so on and so forth.

Itulah yang mampu aku fikirkan soal beza cinta monyet dan cinta manusia...

:)

Saturday, February 5, 2011

Cerpen: Jatuh cinta.

" Kau kata kau jatuh cinta? Mamat ego macam kau yang hanya tahu permainkan hati perempuan dan buli siapa saja yang kau nak kata kau jatuh cinta??"

Kata-kata itu menampar lagi cuping telinga Farid. Farid gelisah. Hatinya dibuai satu rasa aneh. Persoalan demi persoalan mula berkunjung dan membadai tenangnya hati pemilik diri sebelum ini.

"Aku jatuh cinta?"

Farid berbicara sendiri. Dia juga seakan tidak percaya. Mindanya seperti separuh sedar. Sudah berkali-kali pipinya ditampar, memohon agar dia bukanlah di alam realiti. Farid Tan Sri Ibrahim jatuh cinta??

***

Kringgg!

Sudah berkali-kali jam loceng yang dikunci itu berbunyi. Berkali-kali jugalah Puan Sri Liana mengetuk pintu bilik anak terunanya itu untuk membangunkannya. Malangnya, usaha itu ibarat mencurah garam ke laut. Bukannya dia tidak tahu. Anak teruna berusia hampir 21 tahun itu memang liat untuk bangun. Kalau tidak dikejutkan, sampai matahari bercacak di kepala, barulah dia tahu turun ke bawah dan bersarapan.

Pintu bilik diketuk lagi. Di dalam bilik, Farid sudah tidak senang duduk. Bunyi ketukan di pintu ditambah dengan jam loceng yang rancak berdering benar-benar mengganggu tidurnya. Dia gelisah. Berkali-kali ditarik gebar yang menyelimuti diri tetap juga gangguan itu tidak hilang. Dia bangkit. Berdiri. Menolak selimut kasar.

"Far, bangunlah! Dah pukul berapa ni?? Kata semalam suruh mama kejutkanlah apalah..Kamu ni kan, kalau takde orang bangunkan, jadi badaklah ye di dalam. Tidur sampai ke petang. Orang makan lunch, itulah sarapan pagi kamu kan??Bangunlah Far..", lantang teguran Puan Sri Liana.

Farid ke pintu. Buka. Puan Sri Liana menatap wajah anak terunanya itu. Digeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Muka Farid dipegang. Dua tangannya melekat ke wajah itu. Dipicit-picitnya pipi Farid.

"Bangun eh..Bangun..". Berkali-kali diulang perbuatan itu. Lembut. Penuh kasih.

Farid mengangguk-angguk perlahan dengan mata tertutup dan mulut sengaja dimuncungkan. Puan Sri Liana mendorong Farid ke dalam.Tangannya lekas mencapai tuala dan lantas menyuakannya ke arah Farid. Farid menyambut malas.

"Mandilah. Pergi mandi. Kata nak cepat tapi dia yang lambat. Kalau macam nilah tabiat Far, mama yakin, sampai umur 30 pun takde siapa yang nak". usik Puan Sri Liana.

Farid berjalan longlai ke tandas. Sampai di pintu tandas, dia menoleh.

" Ma, perempuan sekarang tak pandang tabiat ma, diorang pandang duit je. Ma jangan risau.Farid tak kisah tak kahwin ma. Rugi je kalau kahwin dengan perempuan macam tu."

Terus kakinya melangkah ke dalam tandas.

Puan Sri Liana tersentak. Sebentar kemudian,bibirnya menguntum senyum.

'Anak ini sudah matang', getus hati kecilnya.
...................................................................................................................................................................

Farid melangkah malas masuk ke dalam auditorium. Rakan-rakannya sudah penuh di situ. Gabungan empat kelas untuk belajar satu subjek bukanlah idea terbijak bagi Farid. Bersesak-sesak dengan ramai orang ditambah pula dengan bunyi bising perempuan-perempuan bertaraf minah gosip di kelas, benar-benar mencabar emosinya. Farid diam di kerusi. Matanya beralih ke jam di tangan. 1.50 petang. Dikeluarkan ipod di poket lantas dipasangkan dengan earphone. Terus disumbat ke telinga. Aman.

Tiba-tiba bahunya dipegang. Farid tersentak. Segera menoleh. Dia tersenyum. Speaker ipod diperlahankan.

"Kau baru sampai?", soal Farid. Azmi, rakan baiknya yang kebetulan sama fakulti Undang-undang dengannya mengangguk. "A'a..baru je. First time kot aku lambat". Farid ketawa. 'First time lambat??Aku rasa, first time awal kot', getus hatinya. Azmi segera duduk di sebelah Farid. Perbuatan sama diulang. Ipod dikeluarkan, dipasang earphone dan.. aman.

Sepuluh minit melayan lagu, Puan Marlia masuk. Di tangannya ada kertas-kertas ujian mereka. Farid dan Azmi sama-sama mematikan lagu yang rancak berbunyi. Pandangan mereka berdua ditumpukan terus ke arah Puan Marlia. Suasana hingar-bingar tadi menjadi sesepi perpustakaan. Fokus.

Puan Marlia mengedarkan kertas ujian yang sudah ditandakan satu persatu. 4 kelas bersamaan dengan 30 pelajar di darabkan bersama 4.120 orang pelajar.Bayangkanlah kalian. Giliran Farid tiba, begitu juga Azmi. Selesai mengambil kertas, Farid duduk di kerusi. Azmi juga begitu. Mereka sama-sama membuka kertas ujian tersebut. Azmi tersenyum puas. Dia menoleh ke arah Farid. Farid seperti biasa. Tenang. Diam.

"Macam mana? Ok?"

Farid tersenyum.

"High five!". bisik Farid teruja. Mereka sama-sama ketawa. Puan Marlia tersenyum melihat keletah anak muda berdua itu. Bijak kedua-duanya. Rajin dan tidak banyak masalah.

....................................................................................................................................................................

"Kau cuba cakap dengan aku weh, macam mana kau boleh jawab soalan gila susah macam tu? Even kitorang pun pening kepala kau tahu tak?? Kau boleh score??Babe, kau pinjam otak siapa ni??Arghh..kau sangat pandai!". Hakim teruja. Soalan ujian dengan markah 33/35. Farid bukan sebarangan orang. Memanglah tidak penuh markah itu tetapi bagi pelajar Undang-undang, untuk kelas Undang-undang, memperoleh markah yang cuba dibezakan dengan 2 dan 3 daripada markah penuh 35,bukanlah biasa. Perkara luar biasa.

Farid diam. Dia menghirup air limau aisnya perlahan.

"Aku nak pergi ambil nasi ni. Korang nak makan ke tak nak? Datang cafe tapi tak makan. Pergi lepak Audi lah kalau macam tu."

Farid bangun. Azmi ketawa. Hakim tercengang.

"Kau tu Hakim. Tak habis-habis dengan excited kau tu. Relax ah. Jom makan!",usik Azmi. Hakim mengangguk lantas membuntuti langkah Azmi.

Selesai makan, Farid memulakan perbualan.

"Eh, kita lagi 2 minggu kan nak final?Means, minggu depan kira study week lah kan?".

Azmi dan Hakim sama-sama mengangguk.

Hakim menyambung, "Tapi Far..Aku takutlah bila fikir pasal final. Susah kau tau tak?! Penat aku. Habis je final, rasa macam segunung beban dan hilang dari bahu aku. Kalau tak, aman je hari-hari aku. Bila final, rasa macam masuk alam penentuan nak kiamat kau tau! Ngeri".

Wajahnya jelas risau. Azmi dan Farid sama-sama ketawa.

"Kau, tak payah final la. Assignment pun kau macam tu jugak. Semua kerja kalau kau tak risau memang tak sah. Wajib. Pasti. Ye tak, Far?", usik Azmi. Farid mengangguk. " Memang. Nama pelajar Undang-undang, tapi, semua benda kau risau. Kalau risau, study ar babe. Ni tak, perempuan dekat keliling kau, kalau nak dibanding dengan buku Undang-undang yang kau ada, jauh beza doe..Ramai gila, macam sukan olimpik dah. Dei, study meh. Study. Dulu bukan main, nak jadi peguamlah, lawyerlah, advocatelah..studyla.Join kitorang. Berkampung dekat perpustakaan. Sure, pasti dekan",sambung Farid.

Azmi ketawa. Hakim muncung.

"Perempuan macam sukan olimpik kau kata??Eh..kau pun sama eyk. Jangan nak perli-perli aku pulak.
Bukan kau ke yang kata, selagi ada kesempatan, gunakanlah sebaik mungkin. Orang hensem macam aku, kacak, ada duit apa semua, siapa tak nak?Far, Mi..zaman sekarang, perempuan macam tin kosong tau. Bersepah. Semua datang kalau kau ada harta". Farid ketawa mendengar bicara Hakim. Azmi juga begitu.

Begitulah sikap mereka bertiga. Farid dan Azmi, pelajar bijak yang dilahirkan dengan IQ hebat. Soal menuntut ilmu, priority penting dalam hidup mereka berdua. Tetapi, apabila soal perempuan,hubungan, sosial..merekalah raja. Bagi Farid, Azmi dan Hakim, perempuan zaman sekarang semua sama. Kalau ada harta, semua berkumpul macam semut. Begitu rendah darjat yang mereka letakkan pada diri seorang perempuan. Bagi Farid, perempuan yang dicari belum dia temui. Biarlah berapa banyak perempuan yang berhubungan dengannya, perempuan yang betul-betul mencuri hatinya, belum juga tiba. Mungkin juga tidak ada. Kerana perempuan zaman sekarang, materialistik baginya.
...................................................................................................................................................................

Buk!

Jatuh. Bertabur buku di lantai cafe. Farid tersentak. Segera dia menoleh. Seorang perempuan sedang tergesa-gesa mengutip buku-buku yang jatuh. Seorang perempuan lagi sedang berdiri, memandang sahaja tanpa ada sebarang reaksi untuk membantu perempuan yang seorang lagi mengangkat buku yang berjatuhan itu. Farid memandang serius. 'Apahal ni?', getus hatinya.

Buku-buku yang dikutip diajukan ke arah perempuan yang berdiri tadi. Perempuan itu menyambut dan berlalu pergi. Sombong. Perempuan yang mengutip tadi mengemaskan pakaiannya yang sedikit berkedut kerana duduk mengutip buku tadi, lantas berlalu pergi dnegan teman-temannya. Tersenyum.

'Orang langgar kau. Buku terjatuh. Kau kutip. Orang tu tak minta maaf, ambil buku dan blah macam tu je? Kau boleh senyum? Gila punya perempuan', getus hati Farid.

Selesai episod tadi, Farid mengalih mukanya mengadap Azmi dan Hakim. Kedua-duanya sedang rancak berbual. Kejadian kecil tadi mungkin langsung tidak menarik perhatian mereka berdua. Farid diam. Tidak terdetik pula di hatinya untuk mengambil tahu isi perbualan mereka berdua. Di hatinya masih berbekas dengan sikap perempuan berdua tadi. Pelik.

Air limau ais diteguknya perlahan dengan muka berkeriut.

....................................................................................................................................................................

Seminggu selepas itu.

Malam.

Farid berdiri di balkoni. Memandang ke langit malam. Bintang-bintang berkerlipan indah di dada langit. Tenang. Farid sukakan malam kerana malam menenangkan jiwanya. Mindanya berbalik-balik ke hari-hari yang berlalu. Teringat pula dia akan peristiwa di meja makan malam tadi.

"Far, Lis, esok, kawan mama dengan family dia datang. Emm..mama harap Lis dengan Far boleh jadi tuan rumah yang baik ye". Getus kata-kata itu dari bibir Puan Sri Liana ketika mereka sama-sama menjamu selera malam itu. Farid dan Lisa berpandangan sesama sendiri.

"Selama ni, Lis dengan abang tak pernah jadi tuan rumah yang baik ke ma?", soal Lisa. Puan Sri Liana tersenyum, menggeleng. "Bukan tak jadi tuan rumah yang baik cuma kurang baik. Lis, selalu lepak dalam bilik bila orang datang. Turun bawahlah sayang. Bergaul dengan orang. Awak bukan kera sumbang ye. Hidup kena bergaul. Ingat. Kali ni, kalau Lis nak lepak dalam bilik gak, mama make sure, duit bulanan Lis, mama suruh papa potong. Half.", tegas Puan Sri Liana.

Mata Lisa terbeliak. "Ma..janganlah potong. Dah lah duit tu memang cukup-cukup je, kalau mama potong, Lis makan roti tau ma hari-hari.". Mama ketawa. "Kuruslah Lis. Takpelah kalau macam tu. Eloklah. Diet tanpa sebarang pembaziran", sambung Puan Sri Liana. Lisa muncung dan mengangguk perlahan. Terpaksa bersetuju. 'Alah..tak rugi mana-mana pun', getus hatinya.

Pandangan Puan Sri Liana beralih pula ke arah Farid. Farid sedikit tersentak. Dia mengangkat tangan. Puan Sri Liana dan Lisa terkejut. "Okay, but promise, kalau Far jadi tuan rumah yang baik, make sure Far dapat gitar baru this time.". Puan Sri Liana menggeleng-gelengkan kepala.

"Awak kata nak jadi lawyer, tapi awak minta suapan ye bila mama minta tolong. Bahaya nih.Gitar? Gitar awak dah banyaklah Far. Nak gitar lagi? Awak nak letak mana pulak gitar tu? Membazirlah", jawab Puan Sri Liana. Lisa ingin protes, tambah-tambah bila abangnya boleh pula mendapat gitar baru dan dia pula terpaksa berdepan situasi wang belanjanya dipotong separuh, mana adil. Tetapi bila fikir-fikir balik, kalau diprotes, mungkin wang belanjanya akan dikurangkan lebih banyak lagi.' So, better keep my mouth shut.' Getus hati Lisa.

Farid menyambung, " Ma, ini bukan suapan ma, tapi bonus. Beza ma.I'll be a good lawyer. No suapan, no rasuah. So, takde kaitan dengan cita-cita Far ma. Gitar banyak takde masalah what. Pandai-pandailah Far simpan. Yang penting, promise is a promise. This is a consideration ma. You want something, I'll promise to give it to you and as a consideration, you should give something to me. Isn't it? Barulah ada timbang tara ye tak?Adil kan? Ni baru deal Lis. You faillah my dear sister. Fail with big failure". Lisa muncung. Lebih panjang lagi. Puan Sri Liana tersenyum. "Kalau benda tu bagi benefit untuk awak, pandailah awak cakap kan?Ok..We will see".

Tan Sri Ibrahim seperti biasa tenang menjamu selera sambil membaca surat khabar. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Puan Sri Marlia segera menutup ruangan akhbar yang dibaca Tan Sri Ibrahim. Tersentak. Itu reaksi Tan Sri Ibrahim.

"Bang, saya tengah cakap ni. Dengar tak? Ingat tau bang, abang pun sama, jangan awak buat lawak bodoh ye. Macam sebelum-sebelum ni. Suka sangat awak mengusik saya bila ada orang yang datang rumah kita. Malu saya. Ingat tau", tegur Puan Sri Liana. Tan Sri Ibrahim tersenyum. "Saya buat apa?",soalnya tidak mengerti.

"Buat apa?Abang, bukan saya tak tahu abang ni. Suka buat manja-manja dengan saya depan orang. Kalau depan anak-anak, takpelah jugak. Ni depan orang bang. Malu tau", muncung Puan Sri Liana. Farid dan Lisa sama-sama tersenyum. Manja Puan Sri Liana dengan Tan Sri Ibrahim sudah menjadi rutin wajib keluarga mereka. Mama dan papa, mereka berdua memang romantik. Dari dulu sehingga sekarang. Perkara inilah yang dikagumi Farid. Dia benar-benar kagum dengan kesetiaan papa terhadap mamanya.

Teringat dia, dulu, mama pernah ditimpa penyakit ketumbuhan di dalam perut. Hampir setahun mama sakit. Papa setia menjaga mama. Menguruskan keluarga dan semuanya dilakukan papa sendiri. Keluarga Tan Sri tanpa orang gaji. Mustahil tetapi itulah yang terjadi. Sebelum ini, mama yang sibuk menguruskan keluarga. Selepas kejadian itu, papa jadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. Mama sakit di hospital, papalah yang menjenguk hari-hari.

Sehinggalah selesai pembedahan dan biarpun rahim mama dibuang sepenuhnya dan mama perlu bergantung dengan ubat, pil-pil hormon dan sebagainya untuk mengatasi pelbagai implikasi dek ketiadaan rahimnya, papa masih setia di samping mama. Kagum. Itulah yang dirasakan Lisa dan Farid. Mama dulu pernah membenarkan papa untuk berkahwin lagi. Kata mama, mama sudah tiada rahim, tidak mampu memberi zuriat buat papa, kahwinlah. Papa berkeras tidak mahu tinggalkan mama.

Kata papa, "Ana, abang takkan tinggalkan perempuan yang berjuang di samping abang selama hampir 25 tahun. Perempuan yang menikahi abang dari abang tiada apa-apa sehingga abang sudah berjaya sebegini. Perempuan yang mencintai abang, bukan kerana paras rupa dan harta. Perempuan yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat untuk abang. Ana, lafaz nikah yang abang ucap ketika kali pertama tangan abang bertaut dengan abah, ketika kita dinikahkan akan abang pegang sehingga nyawa bercerai dari badan. Jangan suruh abang buat benda yang abang tak nak.Abang sayang isteri abang. Tak perlu siapa lagi selain awak, dalam hidup abang".

Papa memang romantik dengan mama dan mama, di bibir sahaja kata tak suka, tetapi di hati, siapa yang tahu kan?

Berbalik soal teman mama, siapa?

Faris ingin juga bertanya siapa teman mama yang akan berkunjung ke rumah, tetapi dia malas. Malas untuk menyibukkan diri bertanya itu ini. Sememangnya dia tidak pernah berbuat begitu. Tiba-tiba bertanya soal tetamu yang akan berkunjung ke rumah bukanlah idea terbaik. Pasti mama tertanya-tanya kalau tiba-tiba disoal Farid bukan?

Biarkanlah.

Farid mengalih pandangan semula ke dada langit.

....................................................................................................................................................................

Farid terkejut. Sesampai sahaja di rumah setelah tamat kelas, Farid dapat melihat kereta di halaman rumahnya bertambah dua. 'Ok. Pasti. Papa memang tak beli kereta baru. Pasti, kereta tu bukan hadiah hari jadi aku. Ok. Kereta tetamu. Bak kata mama, jadilah tuan rumah yang terbaik. Ok. Kemaskan diri, tuan rumah terbaik', getus hatinya. Kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, terdengar suara orang ketawa.Farid membetulkan kemeja yang dipakai. Membetulkan kotak suara. "Ehem ehem..",kerongkongnya di'cuci'.

Dia melangkah yakin ke ruang tamu. Wah, bahasa macam ada modellah pulak. Ok. Biarkan. Sepuluh kepala. Ramai kali ni. Semua ni kawan mama ke?

Dia mendekati mamanya yang sedang rancak berbual. Mama tersenyum lantas berdiri, menarik tangannya lembut dan memegang bahunya. Farid menuruti langkah mama.Mama membawanya berdiri betul-betul di hadapan semua tetamu. Farid mengangkat muka selambanya dan..dia?? Farid tersentak.

"Perempuan cafe??", tersembul ayat dari mulut Farid. Farid tersentak. Mama tersentak. Tetamu tersentak.

Farid tersedar dan tersenyum. Buat-buat cool dan tenang. "Takde apa-apa ma. Terkeluar kata-kata dengan tidak sengaja."

Mama tersenyum.

 "Inilah Farid, anak saya kak.Anak teruna saya yang satu-satunya tu. Yang inilah. Yang perempuannya tak balik lagi. Kata dia, ada discussion. Nanti balik, saya kenalkan.Ha, Farid.Mari mama kenalkan kawan mama, Aunty Lidya", bicara Mama, lembut.

Farid tersenyum dan mengangguk. Selesai sesi perkenalan diri ringkas, Farid meminta diri ke atas. Sebelum naik, matanya sempat memandang gadis tadi. Ya. Perempuan cafe. Tak. Bukan yang berniaga di cafe tapi, perempuan yang pernah ada peristiwa menarik di cafe. Perempuan yang mengutip buku. Ya. Dia pasti. Perempuan itu. Farah. Ya. Memang. Nama dia Farah.

'Budak Law jugak??Kenapa tak pernah nampak??',hatinya bertanya lagi.

Ahh..kusut. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Apa yang jadi ni?

*bersambung..

Ini adalah penulisan berkala dari penulis. Episodnya akan disambung secara tidak berkala pula ye. Jadi, sekali lagi diingatkan, ini adalah karya penulis. ASLI. No ciplak-ciplak ya. And, please, no curik-curik eyh.


Selamat membaca peminat cinta.
:)



.

Cinta.

Cinta itu seperti pepasir di pantai. Tatkala dihempas ombak, ia bersisir tidak bertuju. Tatkala dipancar terik mentari, ia panas berbahang. Tatkala dihembus angin pagi, ia diam tidak berganjak.
Cinta seperti itu. Tiada definisi jelas. Tiada pengertian pasti. Manusia banyak bertuhankan cinta sehingga sampai suatu saat manusia lupa bahawa perasaan cinta itu bukanlah harta kekal dalam diri manusia. Kita boleh berkata, "Aku suka." "Aku jatuh cinta" "I'm in love". Tetapi, fahamkah kita akan cinta yang sebenar-benarnya?

Kita boleh berkata apa sahaja yang kita mahu. Kalian boleh mengaku apa sahaja yang kalian mahu. Tetapi ingatlah, cinta tidak semudah kata yang dilafaz. Cinta perlukan pengorbanan dan pengorbanannya bukanlah dengan membiarkan diri dilapah manusia bernafsu syaitan dan membuang bayi yang dikandung secara luar nikah. TIDAK. Cinta ialah sifat suci yang langsung tidak boleh dicemari dengan sikap dan perbuatan tidak bermoral seperti itu. Cinta memiliki nilainya yang tersendiri. Cinta yang sejati adalah cinta yang sebenar-benarnya cinta. Cinta bukanlah sekadar kasih antara lelaki dan perempuan. Cinta bersifat universal. Luasnya tidak terbayang dengan mata, tidak terkira dengan kalkulator. Lajunya tidak mampu disukat, sucinya tidak mampu diukur. Cinta ialah nilai pasti dalam kehidupan. Berbicaralah tentang cinta, maka, ada jiwa yang akan ketawa. Sebut sahaja tentang jatuh cinta, pasti ada jiwa yang tersenyum. Itulah cinta. Menyebutnya sahaja sudah mewujudkan rasa aneh dalam jiwa. Maka, tatkala hati dan jiwa dihujani dan disinggahi cinta, rasanya indah sekali bukan?

Jangan salahkan diri andai cinta bertandang ke jiwa. Jangan salahkan hati kerana menerima cinta yang tiba. Jangan salahkan nafsu kerana berbuak-buak tatkala ada cinta bergelora. Andai benar ada cinta, peliharalah ia atas nama Allah Yang Maha Esa. Cinta tidak pernah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Cinta tidak pernah membenarkan yang salah dan menafikan yang betul. Cinta itu harga segunung emas, sepulau berlian.

Hargailah CINTA kerana CINTA itu INDAH.

:)

encountering love.

Thursday, February 3, 2011

If that is love, I don't want to be in love.

"The best thing about loving and being hurt is that you get to know what true love really is. For as gold is tested in fire, and so will love be perfected in pain." (Marvin Jay M. Torres)
Ladies and gentlemen, respected viewers, bloggers,

Love is pain.

Have you ever wondered how many pains you will face whenever you encountered love in your life?

It is hard. To be loved and to love is hard. Many people can say that they are truly deep in love and they are truly fall in love. However, before you are ready to be in love or to put yourself in a relationship, bear in mind, love isn't a piece of cake thing. It is not easy.

Nowadays, the term 'love' has been misused. Many people said they are in love, however, their love had actually harmed their partners. Cases and cases. Problems and problems. Proof lies in front of your eyes.

Sometimes, I do think that maybe love is blind. As it blind your eyes until when you are holding the term of love, you can even poured acid on to your partner's face just to tell her 'I love you'. This is so bad, ladies and gentlemen. If this is what you called love, then I don't want to be in love. How did you measure your love if you can slap her, you can dump her, you can kick her  whenever you want, but at the same time, you are saying that you love her?

Love can make you do things that you never thought possible.

That's the power of love. But, if you believe that you are in love and then you killed yourself by saying that, "I love her then she left me. I don't have anyone to be loved anymore. I must die", you are so stupid. Why? If that is what you called love, I don't want to be in love.

Pals, love isn't all about harm. Love isn't all about pain. Love is all about you and him. Love is all about understanding, give and take. You cannot measure love. You cannot put any hopes in love as it may hurt you if you are trying so hard on it.

But, you can always believe in love. No one will blame you even if you fail to hold it forever as long as you are trying your best in that love.

Be true in whatever you are doing. Never be others when you are in love. Be yourself. Be who you are. Be who you want to be.

Love is happiness and happiness is love.

"To love someone is to understand each other, to laugh together, to smile with your heart and to trust one another. One important thing is to let each other go if you can't do this." (Unknown)

Welcome bloggers to the world of LOVE.

Do you believe in true love?

Inilah persoalannya. Manusia sentiasa di tanya akan persoalan ini.

Seberapa yakinkah anda bahawasanya cinta yang anda perjuangkan itu ialah cinta sejati? Ask yourself then, ladies and gentlemen.

What are the measurements you use to make sure that the love you have been fighting for is the true love?

Orang selalu kata, "Aku yakin cinta inilah yang aku cari selama ni". "Aku yakin, dialah manusia yang satu-satunya dapat ku jadikan teman hidup ini".

Kalian,

Sesungguhnya, tiada yang pasti dalam kehidupan ini. Tepuk dada, tanya hati. Pastikah kita, jalan yang kita pilih ini adalah jalan yang terbaik? Cinta yang kita pilih itu adalah cinta yang terbaik?

Tiada yang pasti.

Tetapi, tidak bermakna, bila tiada kepastian, maka, kita boleh bermain-main dengan perasaan itu, kita boleh menganiaya pemilik perasaan itu. Tidak. Ketidakpastian tidak pernah memberi izin kepada sesiapa pun untuk menjatuhkan hukuman sedemikian kepada manusia lain.

Sesungguhnya tiada yang sempurna di muka bumi ini.

Percayalah, kalau benar kita ikhlas, cinta sejati itu akan hadir seperti dedaun mawar yang mekar di musim bunga. Kembangnya akan menyegarkan kehidupan kita selamanya.

Percaya pada Dia.

Percaya bahawa cinta sejati itu benar-benar ada tetapi ia hanya akan hadir apabila kita benar-benar mencarinya.

p/s: Selamat datang ke alam CINTA.